Contoh Proposal

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat istana dapat didefinisikan sebagai rumah kediaman raja atau ketua negara. Raja menggunakan istana sebagai tempat untuk bersemayam, istana pada zaman dahulu diperbuat daripada kayu yang bermutu tinggi. Penggunaan kayu yang bermutu adalah bertujuan supaya istana dapat tahan dengan lebih lama. Istana di Tanah Melayu dikatakan bermula sebelum  zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Raja atau sultan menggunakan istana sebagai tempat untuk mentadbir kerajaanya dan disini dapat dilihat bahawa peranan istana tidak hanya sebagai tempat tinggal raja sahaja bahkan ia juga sebgai tempat pentadbiran.

Kebanyakan negeri di Tanah Melayu  mempunyai istana yang tersendiri mengikut kerajaan yang dibentuk pada masa tersebut. Istana dibina mengikut ciri kebudayaan yang terdapat pada sesuatu tempat atau kerajaan tersebut. Sebagai contoh Istana Seri Menanti di Negeri Sembilan yang mempunyai ciri binaan seperti bumbung Minagkabau. Hal ini demikian kerana, faktor pembinaan tersebut dipengaruhi oleh kebudayaan yang terdapat di Negeri Sembilan ekoran penghijrahan masyarakat Minagkabau dari Sumatera Barat, Indonesia ke Negeri Sembilan pada zaman dahulu. Istana di Tanah Melayu dibina berdekatan dengan sungai supaya ia dapat memudahkan kerajaan untuk  mentadbir dan mendapatkan bekalan makanan. Tidak terkecuali istana yang terdapat di  Perak iaitu Istana Kayangan atau Istana Tepas yang telah dibina di atas bukit Chandan. Istana ini merupakan istana yang terawal dibina di Perak setelah Perak mengamalkan sistem pemerintahan bersultan.

Istana Iskandariah mula dibina pada tahun 1887, setelah Raja Idris ditabalkan menjadi Sultan yang ke -28. Lokasi pembinaan Istana Iskandariah adalah berdekatan dengan Sungai Batang Hari. Ekoran Sayong  selalu sahaja ditenggelami oleh air banjir, akhirnya Baginda membuat keputusan untuk memindahkan istana ke Bukit Chandan pada tahun 1926 . Baginda Sultan menamakan Bukit Chandan sempena nama seekor gajah yang dipelihara oleh Sultan Yusuf yang bernama Kulup Chandan.  Proses pembinaan Istana Tepas ini telah dibina oleh tukang yang berasal dari Seberang Perai iaitu Haji Suffian dan beliau juga dibantu oleh anak-anaknya dalam menyiapkan Istana ini.

Pembinaan Istana Tepas adalah amat unik dan lain daripada yang lain. Ini kerana binaan istana ini tanpa menggunakan paku dan konsep senibinanya pula adalah idea daripada bentuk sebilah pedang. Ini menunjukkan bahawa senibina Melayu pada zaman dahulu lebih mementingkan maksud dan nilai estetiknya yang tersendiri.

_______________________

1111Wikipedia Wikipedia: Sejarah Perak, Istana Sultan Perak (2010) (online), (Accessed 08/07/2010) Available from World wide Web: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Perak#Istana_Sultan_Perak, http://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Chandan

1.2 Latar Belakang Kajian

Keistimewaan seni bina Istana Tepas di Kuala Kangsar dapat dilihat melalui bahan dan kaedah pembinaanya yang tersendiri berbeza dengan istana-istana lain yang terdapat di Malaysia. Istana Tepas atau Istana Kuning ini mempunyai keunikan iaitu setiap bahagian dalam binaanya diadaptasi daripada corak senibina Islam-India dan Asia Barat.

Pembinaan Istana Tepas telah memperlihatkan ragam hias seni pertukangan Melayu Tradisional. Fokus utama kajian kami adalah keistimewaan seni bina Istana Tepas dari aspek astetik. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat estetik didefinisikan sebagai penghargaan terhadap keindahan terutamanya dalam bidang seni. Konsep estetik dari segi keistimewaan ini jelas menunjukkan bahawa setiap bahagian pada Istana Tepas mempunyai maksud yang tersendiri.

Namun, adakah kita tahu akan keistimewaan Istana Tepas ini dari segi corak  binaan atau bahan yang digunakan? Adakah senibina istana  ini masih lagi terpelihara sehingga sekarang? Justeru itu, kami telah menjalankan kajian ini bagi mengkaji tentang keistimewaan yang terdapat pada senibina Istana Tepas dari segi estetik. Disamping itu, kami turut menjalankan kajian tentang maksud pada bahagian bangunan Istana mengikut ciri binaanya.

Istana Tepas ini mempunyai keistimewaan senibina yang sangat berbeza dengan istana yang lain di Malaysia ni. Setiap istana di Malaysia mempunyai keistimewaan yang tersendiri namun, setiap keistimewaan ini berbeza antara satu sama lain. Keistimewaan ini telah menarik minat kami untuk mengkaji dengan lebih mendalam lagi akan keistimewaan  Istana Tepas di Bukit Chandan ini.

Pembinaan istana ini telah mengambil masa selama 5 tahun mengikut peringkat proses pembinaan dan ianya dikukuhkan oleh 60 batang  tiang  yang terdapat pada istana tersebut. Gabungan konsep yang diambil dari luar seperti Islam-India dan Asia Barat telah menghasilkan satu binaan istana yang begitu indah dan mempunyai maksud yang tersendiri.

1.3 Persoalan Kajian

Keunikan senibina Istana Tepas telah menimbulkan minat kumpulan kami untuk mengkaji serba sedikit tentang ciri binaanya dalam konteks estetik. Terdapat pelbagai jenis persoalan yang yang boleh dikaji mengenai Istana Tepas ini, namun kami menetapkan bahawa persoalan keistimewaan seni bina sebagai tajuk persoalan kajian kami. Istana Tepas atau juga dikenali sebagai Istana kuning ini mempunyai keunikan yang tersendiri iaitu ianya diperbuat dengan hanya menggunakan kayu yang bermutu tinggi tanpa menggunakan sebarang paku.

Kepelbagaian sumber bahan semula jadi yang terdapat di Perak telah digunakan dalam menghasilkan Istana ini. Sebagai contoh Kayu Berlian digunakan sebagai atap istana dan tepas sebagai dinding istana. Penggunaan bahan semulajadi telah menjadikan istana ini kelihatan lebih menarik. Terdapat pelbagai maksud simbolisme dalam reka bentuk Istana Tepas ini dan ada perkaitan antara seni bina rumah Melayu tradisional. Masyarakat umumnya masih lagi tidak mengetahui akan keunikan seni bina istana ini, melalui kajian ini diharap dapat menjelaskan serba sedikit tentang keunikan seni bina Istana Tepas.

Umumnya Istana Tepas sekarang telah dijadikan muzium DiRaja namun, reka bentuknya masih lagi dipelihara dan dijaga baik. Faktor bahan yang bermutu merupakan salah satu faktor mengapa Istana ini masih lagi kekal kukuh sehingga kini. Pada zaman dahulu, istana atau rumah tidak menggunakan paku. Ini kerana paku pada masa tersebut  belum wujud lagi paku, jadi sebagai ganti mereka menggunakan tanggam untuk menyambungkan kayu.

1.4 Rumusan Persoalan

Kajian ini mempunyai beberapa  persoalan yang dapat dijadikan panduan untuk memenuhi keberkesanan tajuk kajian. Persoalan yang dibina ini merupakan isi kepada kajian yang dibuat. Pendek kata, persoalan di bawah akan dapat diselesaikan pada akhir kajian seperti:

1.4.1    Apakah yang dikatakan keistimewaan seni bina Istana Tepas di Kualan Kangsa.

1.4.2    Ciri-ciri reka bentuk Istana Tepas

1.4.3    Maksud  estetik di sebalik motif yang digunakan pada reka corak Istana Tepas.

1.5 Batasan Persoalan

Terdapat pelbagai aspek yang boleh dikaji tentang keistimewaan yang terdapat pada Istana Tepas, namun aspek ini memerlukan kajian yang lebih terperinci dan dibuat secara khusus. Bagi kajian yang kami jalankan ini, kami hanya memberi penekanan utama berkaitan dengan tajuk iaitu “keistimewaan seni bina Istana Tepas”. Kajian ini hanya tertumpu kepada aspek estetika yang terdapat pada motif reka corak Istana Tepas sahaja.

1.5.1        Batasan Fokus kajian

Kajian ini dibuat untuk memberi fokus utama berkaitan dengan tajuk iaitu keistimewaan seni bina Istana Tepas . Oleh itu, kajian hanya tertupu kepada motif  seni binanya sahaja dan maksud   estetik   motif senibinanya.

1.5.2        Batasan Tempat

Kajian ini mengenai keunikan seni bina Istana tepas di Kuala Kangsar. Tujuannya adalah untuk melihat dan mengkaji jenis-jenis motif dan reka bentuk seni bina Istana yang unik ini.

1.6 Tujuan  Kajian

Setiap kajian yang dijalankan tentunya mempunyai tujuan yang tertentu. Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif yang telah ditentukan oleh pengkaji iaitu:

1.6.1        Sebagai syarat untuk lulus Kursus Kajian Kraf Tradisional rupa dan Identiti

(SSP 2103).

1.6.2        Sebagai syarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni.

1.6.3        Untuk mengetahui keunikan seni bina Istana Tepas yang terdapat di Kuala Kangsar, Perak.

1.7 Faedah Kajian

Setelah kajian ini selesai, faedah-faedah yang diharapkan adalah seperti berikut:

1.7.1        Memberi pengetahuan kepada generasi muda akan keistimewaan seni bina Istana

Tepas dalam konteks estetik. Kesedaran untuk mengetahuai akan keistimewaan ini adalah amat penting supaya generasi muda dapat menghayati akan keagungan seni bina Melayu lama.

1.7.2        Mendokumentasi jenis-jenis motif yang terdapat pada Istana Tepas. Kajian ini telah menjelaskan tentang maksud disebalik motif yang terdapat pada istana dan bahan-bahan yang digunakan untuk membina istana tersebut.

1.7.3        Menjadi  rujukan generasi muda tentang jenis-jenis motif atau simbol sesuatu bentuk reka corak istana. Hal ini secara langsung dapat memastikan generasi akan datang tidak melupakan kesenian yang terdapat pada Istana Tepas di Kuala Kangsar.

1.8 Kajian Pustaka

Dalam menjalankan kajian ini, kami telah membuat rujukan sepeti melayari internet,dan beberapa buah buku sebagai rujukan. Bahan rujukan ini menjadi bahan panduan dalam kajian penghasilan kajian yang kami lakukan. Sepanjang tinjauan, pemerhatian dan kajian dijalankan, tidak dijumpai kajian secara terperinci yang dibuat tentang Istana Tepas. Kajian kami lebih cenderung kepada keunikan seni bina Istana. Penulisan tentangnya juga tiada dibuat secara terperinci.

Pembinaan Istana Tepas mempunyai ciri-ciri yang lebih kurang sama dengan rumah Melayu Tradisional. Dalam buku Muhammad Afandi Yahya (1995) bertajuk Simbolik Dalam Seni Bina Rumah Melayu ada menyatakan petikan daripada I.Hisham al-Bakri(1981:3) seni bina Melayu tradisional merupakan bangunan yang dibina berbentuk rumah tempat kediaman dan untuk kegunaan manusia.Penyataan ini lebih kurang sama dengan Istana Tepas yang mempunyai dua tingkat iaitu pada bahagian atas adalah tempat untuk raja bersemayam manakala bahagian bawahnya untuk menjalankan urusan pentadbiran.

1.9 Landasan Teori

Landasan teori merupakan perkara yang penting dalam menjalankan sesuatu kajian. Landasan teori ini adalah penting untuk menguatkan lagi kajian dan penyelidikan yang dibuat. Untuk kajian keistimewaan seni bina Istana Tepas ini pengkaji telah menggunakan teori budaya.

Budaya sesuatu tempat telah mempengaruhi keadaan pembinaan sesuatu istana. Namun konsep budaya dan makna budaya merupakan satu bidang yang diminati, diteliti dan dikaji oleh mereka yang berada dalam prosesion yang lain. Kajian yang dilakukan oleh kumpulan kami lebih kepada maksud di sebalik seni bina Istana Tepas. Budaya adalah lahir daripada nilai yang dibawa oleh anggota sesebuah masyarakat.

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini lebih sesuai dikategorikan dalam kebudayaan sebagai benda-benda hasil karya manusia. Setiap seni bina di Malaysia dapat dibezakan berdasarkan reka bentuk dan jenis motif yang terdapat pada hiasanya. Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai pelbagai jenis motif hiasan dan motif ini juga melambangkan sesuatu bangsa dalam masyarakat.

1.10 Hipotesis

Sebelum kami menjalankan kajian ini, kami menjangkakan bahawa seni bina Istana Tepas ini menerima pengaruh luar. Tekaan kami hampir menjadi benar, kerana terdapat jugak motif reka corak pada istana ini yang menerima pengaruh daripada luar. Bahan daripada sumber semulajadi yang terdapat di sekitar telah digunakan untuk menghasilkan istana tersebut.

Seterusnya, sebelum melakukan kajian kami turut membuat andaian bahawa penggunaan alat bantuan seperti paku digunakan. Malah jangkaan kami salah kerana Istana Tepas tidak menggunakan sebarag paku dalam proses penghasilanya. Bahkan ia hanya menggunakan tanggam sebagai pengukuh sambungan kayu sahaja. Pemilihan kayu yang bermutu tinggi dapat mengekalkan struktur binaan supaya ia kekal lebih lama.

1.11 Metodologi Kajian

Metodologi kajian ialah ilmu-ilmu kaedah kajian . Dalam menjalankan kajian ini, penulis telah menggunakan bentuk kajian jenis diskriptif dan menggunakan kaedah kajian berdasarkan pendekatan fungsional. Antara kaedah yang penulis gunakan dalam mengumpul data ialah kaedah kualitatif yang menekankan aspek pengkajian yang dibuat melalui penelitian, pemerhatian,kajian pustaka dan juga penilaian terhadap prospek kajian dalam kalangan generasi dahulu dan sekarang sebagai fokus kajian.

Disamping itu, penulis menggunakan kaedah kajian pustaka dimana penulis telah mendapatkan buku-buku yang berkaitan seni bina di Tanah melayu. Terdapat juga kaedah berdasarkan pemerhatian penulis sendiri. Penelitian terhadap sumber-sumber rujukan khusnya melalui “Malaysian Architectural Heritage” banyak membantu menyempurnakan kajian ini. Kombinasi kaedah kajian akan memperolehi dapatan kajian yang memberi faedah kepada semua.

1.10.1     Pendekatan Kajian

Dalam menjalankan kajian mengenai keistimewaan seni bina Istan Tepas dua pendekatan telah digunakan iaitu pendekatan sosiobudaya dan maksud disebalik simbol dalam seni bina.

1.10.2    Pendekatan

1.10.2.1     Jenis Data

Jenis-jenis data yang dapat dikutip berdasarkan kajian ini ialah ,data bertulis iaitu bersumberkan buku dan internet. Data yang dikumpul menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi dalam kajian ini.

1.10.2.2   Data Bertulis

Data bertulis juga digunakan dalam kajian tentang keistimewaan seni bina Istana Tepas dalm konteks estetik. Data ini diperolehi dari buku-buku dan sumber internet.

1.10.3     Sumber Data

Sumber data terdiri daripada  Data Sekunder. Dibawah merupakan penerangan kedua-dua data yang telah digunakan oleh penulis dalam kajian ini.

1.10.3.1  Data Sekunder

Sumber data terdiri daripada buku-buku yang diperolehi di perpustakaan dan maklumat yang dicari di internet.

1.10.4     Kaedah Mengumpul Data

Kaedah mengumpul data yang digunakan ialah kaedah pemerhatian, kaedah kajian pustaka dan kaedah verifikasi. Setiap kaedah mempunyai perbezaan berdasarkan data yang dikutip. Di samping itu, pengumpulan data ini memerlukan penelitian dan penilaian bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

1.10.5     Kaedah Pemerhatian

Kaedah pengumpulan data yang kedua adalah kaedah pemerhatian. Kaedah ini dipilih untuk mendapat maklumat dalam bentuk persembahan. Melalui kaedah ini, pengkaji menggunakan teknik pengumpul data dengan memerhati dan mencatat apa yang diperhati. Kaedah pemerhatian boleh dilakukan dalam dua cara iaitu pemerhatian dalam dan pemerhatian biasa. Pemerhatian dalam digunakan oleh pengkaji untuk mencatat pengalaman mengkaji Istana Tepas.

Pemerhatian biasanya digunakan oleh pengkaji bagi memerhati , mencatat, merakam , dan mengambil gambar foto. Pemerhatian tanpa turut serta melibatkan kajian terhadap aspek gaya pembuatan Istana tepas.

1.10.5     Kaedah Kajian Pustaka

Kaedah kajian pustaka merupakan data bercetak yang digunakan suapaya pengkaji dapat memperolehi data dan bukti melalui kajian yang dilakukan ke atas dokumen dan rekod. Data jenis ini merupakan data yang telah diproses terlebih dahulu. Sumber-sumber dari kaedah kajian pustaka dapat menyumbangkan apa yang telah diperlukan untuk menjalankan  kajian. Kaedah ini melibatkan penggunaan data-data terkumpul kerana kajian-kajian yang berkaitan telah dilakukan sebelum ini. Melalui kaedah kajian pustaka, pengkaji akan memperolehi maklumat asas yang boleh dipercayai datanya.

1.10.6     kaedah Verifikasi

Kesemua data yang diperolehi perlulah ditentukan kesahehanya. Kaedah verifikasi data dapat dilakukan melalui pemerhatian ke atas empat kriteria iaitu darjah kepercayaan(credibility), pemindahan (transferability), pergantungan(dependability) dan pengesahan( comfirmability). Data yang telah dikumpul dipastikan darjah kepercayaan melalui tujuh jenis penilaian iaitu pemerhatian turut serta dalam tempoh yang panjang, ketekunan pengamatan, triangulasi, perbincangan dalam kalangan pengkaji, analisis persoalan negatif, pelbagai rujukan lain dan pemeriksaan dalam kalangan pengkaji.

1.11     Cara Kajian

Dalam melakukan kajian, kami mendapati kaedah menganalisi data yang boleh digunakan untuk mengumul data.

1.11.1 Kaedah Mengumpul Data

Kaedah menganalisi data diperolehi setelah data diperolehi daripada pemerhatian. Maklumat- maklumat hasil kajian perlu dicatatkan semasa kerja lapangan dilakukan. Hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan pengkaji terlupa akan maklumat-maklumat yang diperolehi. Penganalisisan data dapat dibantu menggunkan carta, jadual, rajah dan sebagainya.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Posted in Uncategorized | 1 Comment